Something to be seen

Tuesday, February 23, 2010

Cegah influenza


Cuaca sekarang tidak menentu,dan sering hujan.Ini memudahkan kita untuk mendapat selsema,penyakit yang disebabkan oleh virus influenza.Ada beberapa tips yang ingin saya kongsi bersama untuk mencegah selsema/flu di musim yang tidak menentu ini.

1. Madu

Menurut suatu penelitian di Iran, dengan mengambil madu setiap hari dapat megurangkan jangka flu selama 2 hari. Ditemukan jika seorang penderita flu mengambil 57g madu (setara dengan empat sudu makan) lebih cepat sembuh dibandingkan jika ia mengambil ubat-ubatan tradisional.

2. Sup ayam

Ini adalah cara lama yang berakar umbi pada fakta.Menurut penelitian University of Nebraska, semangkuk sup ayam yang panas mengurangi rasa mampat ketika flu berkat daripada anti peradangan pada sup ayam. Wap yang dihasilkan membantu membersihkan saluran yang membuat suara menjadi sengau, sementara kuahnya merehidrasi dan daging ayamnya mengandungi protein yang penting untuk pertumbuhan sel.Jika alah terhadap ayam,daging boleh digantikan dengan ayam,yang mempunyai khasiat yang sama.

3. Bawang Putih

Berdasarkan penelitian di England terhadap 150 orang, alicin, zat aktif yang terdapat dalam bawang putih dapat mengurangi anda dari menderita flu,lebih dari 50%.Allicin juga membantu penderita pulih lebih cepat. Lebih baik untuk mengambil makanan tambahan alami,berbanding dengan menambahkan bawang putih dengan banyak di dalam makanan anda.

Saturday, February 20, 2010

My Name Is Khan


"My name is Khan,and i'm not a terrorist",merupakan trade mark daripada filem yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol yang telah lama tidak berganding bersama untuk menghasilkan filem yang mantap.Dan hasilnya,filem yang diarahkan oleh Karan Johar ini meletup di panggung-panggung, tidak kira dimana pun ianya ditayangkan,termasuk Berlin,Indonesia dan juga di Malaysia sendiri.

Filem yang diambil berdasarkan kisah nyata ini mengisahkan Rizwan Khan,seorang Muslim yang berasal daripada India,yang menghidap Aspergers Syndrome,berhijrah ke San Francisco untuk tinggal bersama adiknya dan adik iparnya setelah kematian ibunya.Walaupun Rizwan menghidap Aspergers Syndrome,beliau merupakan seorang yang sangat pintar dan genius.Tetapi Rizwan juga mempunyai kelemahan iaitu takut dengan warna kuning,bunyi bising dan cahaya yang sangat terang.

Ketika di San Francisco, beliau dan adiknya menjalankan perniagaan barang kecantikan berasaskan herba secara kecil-kecilan dan Rizwan bertugas sebagai penjual produk.Ketika itulah Rizwan bertemu Mandira,seorang pemilik saloon kecantikan yang telah ditinggalkan suaminya bersama seorang anak lelaki.Bermulalah bibit-bibit cinta antara Rizwan dan Mandira,dan akhirnya berakhir dengan perkahwinan walaupun tidak dipersetujui adiknya kerana Mandira merupakan penganut Hindu,dimana terdapat sejarah hitam di India di mana kaum India Muslim dibantai di India oleh kaum Hindu.

Kebahagian Rizwan dan Mandira berubah dengan turut berubahnya persepsi dunia terhadap Islam,dengan menganggap semua Muslim adalah pengganas setelah peristiwa 11 September.Saloon Mandira tidak lagi penuh dengan orang kulit putih,masyarakat memulau mereka tanpa sebab,jiran-jiran juga sudah tidak mahu datang ke rumah mereka,hanya kerana mereka Muslim.Dalam waktu tersebut juga,peniaga-peniaga Muslim di sabotaj,wanita Muslim di tarik tudungnya seperti yang berlaku pada isteri adik Rizwan,dan ada juga yang ditembak mati,hanya kerana mereka Muslim.Sehingga umat Muslim di sana harus menyembunyikan identiti mereka.

Konflik menjadi semakin memuncak,apabila anak Mandira dibunuh oleh pelajar sekolahnya sendiri.Ini membuatkan Mandira sendiri menyesal kerana mengahwini seorang Muslim,sehingga membunuh satu-satunya anak yang disayanginya. Mandira menyuruh Rizwan pergi dari hidupnya,dan hanya kembali setelah mengatakan kepada Presiden Amerika,bahawa dia bukanlah pengganas dan anaknya bukan anak pengganas..

Bermulalah perjalanan Rizwan,ditempuh dengan sabar dan banyak peristiwa yang berlaku sebelum dia dapat berjumpa dengan Presiden Amerika ketika itu,Bush.Ketika dia hampir berjumpa dengan Bush,Rizwan ditangkap dan dikurung tanpa sebab hanya kerana salah faham,yang mengganggap Rizwan adalah pengganas.Kisahnya mendapat perhatian daripada pemberita televisyen yang membuat liputan tentang kesnya,dan terus mendapat perhatian umum,sehingga Mandira menyedari kesalahannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut,eloklah jika menonton sendiri filem yang dimainkan selama kira-kira 3 jam ini.Filem ini tidak rugi untuk ditonton,kerana ia digarap dengan baik,dan mempunyai moral yang sangat baik.Semua cerita yang dibuat oleh Barat mengisahkan bahawa Islam itu adalah agama pengganas,sedangkan filem ini ingin mengubah persepsi orang bukan Islam terhadap Islam,yang sebenarnya adalah merupakan agama yang suci dan mementingkan keamanan.

Daripada 5 bintang,saya memberi 4 1/2 bintang kepada filem ini.

Friday, February 19, 2010

Tips tingkatkan libido (ghairah seksual)


Hubungan suami isteri menjadi faktor yang sangat penting dalam kebahagian dalam rumah tangga, dan tidak boleh dinafikan lagi,walaupun kebahagian bukan hanya bergantung kepada hubungan suami isteri..Antara lain kepercayaan,kesefahaman dan lain-lain lagi.Tapi pasangan suami isteri sering melupakan yang satu ini..Mereka sibuk dengan urusan lain,lupa untuk bermesra sesama..Faktor utamanya adalah terlalu sibuk,dan merasa letih dan lesu setelah pulang kerja atau membuat aktiviti lain,sehingga libido pasangan menjadi rendah..

Ada petua untuk menambahkan libido dengan memakan makanan penambah libido yang dikenali dengan aphrodisiac, dipercayai diambil daripada nama dewi Yunani Aphrodite, yang dikenali sebagai dewi kecantikan dan cinta.Ada beberapa jenis minuman dan makanan yang telah lama dikenal sebagai aphrodisiac,antaranya adalah :

1. Nenas

Nenas mengandungi enzim bromelain,yang dipercayai dapat meningkatkan libido lelaki secara lansung. Selain itu,ia juga termasuk sumber kalium dan beberapa vitamin b seperti riboflavin, yang boleh meningkatkan tenaga tubuh. Selain itu,suap-menyuap nenas sebelum melakukan hubungan suami isteri juga boleh digunakan komunikasi pra-seksual.

2. Avocado

Kandungan asid folik yang tinggi boleh membantu metabolisme protein untuk memberikan tenaga yang lebih pada tubuh. Avocado juga mengandungi vitamin B6, yang boleh meningkatkan penghasilan hormon pada lelaki, dan juga kalium, yang membantu meregulasi tiroid pada wanita yang membantu dalam proses metabolime.Secara automatik,avocado dapat meningkatkan libido lelaki dan perempuan.

3. Tiram mentah

Tiram memiliki zink yang banyak, yang boleh meningkatkan produksi sperma dan hormon testosterone. Tiram juga mengandungi dopamine, yang boleh meningkatkan libido. Untuk menghilangkan rasanya yang aneh,anda boleh meletakkan limau segar diatasnya sebelum memanakannya.

4. Ginseng

Berkhasiat menambah kekebalan tubuh, meningkatkan ghairah seksual, fungsi otak, menambah tenaga,vitalitas dan stamina.Ginseng juga memperlancar sirkulasi darah. Tetapi minum ginseng berlebihan yang tidak ditapis boleh membahayakan buah pinggang.

5. Telur

Kaya dengan vitamin B6 yang boleh membantu menyeimbangkan tingkat produksi hormon dan menurunkan ketegangan yang sangat penting untuk kesihatan libido. Telur juga simbol dari kesuburan dan tunas kehidupan. Sebahagian orang memakan kuning telur untuk meningkatkan libido dan mendapatkan energi tubuh yang maksimal. Semua telur ayam,burung dan ikan mengandungi vitamin B5 dan B6.

Thursday, February 18, 2010

8 Choc's Fact

Almost everybody loves this snack,and maybe your one of the fans.But,instead of it's tempting taste,there's some fun facts that you should know abaout chocolate..

1. Gods' Food

According to history,chocolate was first found 1000BC by the Olmecs,at Mexico.On the moment,chocolate was only being drink.Chocolate was produced from cocoa,or in Latin theobroma cocoa,means "God's Food"(makanan para dewa)

2. Happy feeling

Eating chocolate can make you happy because choc contains phenylphylamine that will secrete by your brain when you're in cloud 9.Phenylphylamine also produced serotonin and endorphin that will makes you relax.No wonder choc can be a good antidipressant.

3. Biggest Choc

According to Guiness Worl Book of Records,the biggest choc ever made weighed 2,513kg or about 2.5 tonne. It was produced by Elah-Defour United Food Company at Turin,Italy on March 2000.

4. Pet Killer

It seems it's have different effect on pet,especially dogs.In exessive amount of choc can kill a dog,because it contain theobromine that can cause shock to a dog,than can cause a death (to a dog i mean,huhu)

5. Can Keep Whole Year

An interesting about choc is,if your stored it in closet,it can still be eaten in next 12 month..And if you keep it ini refrigerator,it can be kept forever,for real..But of course dark choc will become lighter a bit..

6. Good anti-oxidant

Choc,especially dark choc that contains little sugar and milk is a good antioxidant.In fact,it has more anti-oxidant compare to fruits like blueberry,strawberry and spinach. So,choc can prevent heart attack,but in relevent amount..

7. Melt in your mouth

Have you ever ask yourself,why choc melt in your mouth?The answer is simple.Choc will melt at temperature above 33 celcius degree, and our body temp is 37.

8. Little caffein

A lot of people avoid choc,thinking that it contains caffein..But,the fact is it only contains small amount of caffein..In every 100g choc,theres 7mg of caffein,the same amount in decaffeinated coffee..A cup of cuppy have 20 times higher caffein..

So,from now on,you can have your choc back..But always remember,200g of choc a day is enough..More than that,you'll be suffering from heart disease,obesity,and many more..Be wise..


The Beginning

Bila aku tengok sekeliling aku,aku rase aku sangat tidak menarik,dan aku rase aku kene buat sesuatu yang buat orang tak tengok aku sebelah mate je(walaupun sampai sekarang macam tu,at least aku try,huhuhu)..So,aku start carik info-info yang berkaitan dengan gaya hidup,atau orang putih kate Lifestyle..Dan bile aku dah carik-carik,aku rase macam tak best kalau aku tak kongsi dengan orang ramai..At least kite tau ape yang berlaku dengan dunia kite dan takdelah kite dipandang sebagai kuno,tapi masih dalam norma-norma masyarakat Timur..Enjoy my new blog,that can be written in Bahasa Melayu and English,InsyaAllah..