Hubungan suami isteri menjadi faktor yang sangat penting dalam kebahagian dalam rumah tangga, dan tidak boleh dinafikan lagi,walaupun kebahagian bukan hanya bergantung kepada hubungan suami isteri..Antara lain kepercayaan,kesefahaman dan lain-lain lagi.Tapi pasangan suami isteri sering melupakan yang satu ini..Mereka sibuk dengan urusan lain,lupa untuk bermesra sesama..Faktor utamanya adalah terlalu sibuk,dan merasa letih dan lesu setelah pulang kerja atau membuat aktiviti lain,sehingga
libido pasangan menjadi rendah..
Ada petua untuk menambahkan libido dengan memakan makanan penambah libido yang dikenali dengan
aphrodisiac, dipercayai diambil daripada nama dewi Yunani Aphrodite, yang dikenali sebagai dewi kecantikan dan cinta.Ada beberapa jenis minuman dan makanan yang telah lama dikenal sebagai
aphrodisiac,antaranya adalah :
1. NenasNenas mengandungi enzim
bromelain,yang dipercayai dapat meningkatkan libido lelaki secara lansung. Selain itu,ia juga termasuk sumber kalium dan beberapa vitamin b seperti riboflavin, yang boleh meningkatkan tenaga tubuh. Selain itu,suap-menyuap nenas sebelum melakukan hubungan suami isteri juga boleh digunakan komunikasi pra-seksual.
2. AvocadoKandungan asid folik yang tinggi boleh membantu metabolisme protein untuk memberikan tenaga yang lebih pada tubuh. Avocado juga mengandungi vitamin B6, yang boleh meningkatkan penghasilan hormon pada lelaki, dan juga kalium, yang membantu meregulasi tiroid pada wanita yang membantu dalam proses metabolime.Secara automatik,avocado dapat meningkatkan libido lelaki dan perempuan.
3. Tiram mentahTiram memiliki zink yang banyak, yang boleh meningkatkan produksi sperma dan hormon testosterone. Tiram juga mengandungi dopamine, yang boleh meningkatkan libido. Untuk menghilangkan rasanya yang aneh,anda boleh meletakkan limau segar diatasnya sebelum memanakannya.
4. GinsengBerkhasiat menambah kekebalan tubuh, meningkatkan ghairah seksual, fungsi otak, menambah tenaga,vitalitas dan stamina.Ginseng juga memperlancar sirkulasi darah. Tetapi minum ginseng berlebihan yang tidak ditapis boleh membahayakan buah pinggang.
5. TelurKaya dengan vitamin B6 yang boleh membantu menyeimbangkan tingkat produksi hormon dan menurunkan ketegangan yang sangat penting untuk kesihatan libido. Telur juga simbol dari kesuburan dan tunas kehidupan. Sebahagian orang memakan kuning telur untuk meningkatkan libido dan mendapatkan energi tubuh yang maksimal. Semua telur ayam,burung dan ikan mengandungi vitamin B5 dan B6.
No comments:
Post a Comment