Something to be seen

Saturday, February 20, 2010

My Name Is Khan


"My name is Khan,and i'm not a terrorist",merupakan trade mark daripada filem yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol yang telah lama tidak berganding bersama untuk menghasilkan filem yang mantap.Dan hasilnya,filem yang diarahkan oleh Karan Johar ini meletup di panggung-panggung, tidak kira dimana pun ianya ditayangkan,termasuk Berlin,Indonesia dan juga di Malaysia sendiri.

Filem yang diambil berdasarkan kisah nyata ini mengisahkan Rizwan Khan,seorang Muslim yang berasal daripada India,yang menghidap Aspergers Syndrome,berhijrah ke San Francisco untuk tinggal bersama adiknya dan adik iparnya setelah kematian ibunya.Walaupun Rizwan menghidap Aspergers Syndrome,beliau merupakan seorang yang sangat pintar dan genius.Tetapi Rizwan juga mempunyai kelemahan iaitu takut dengan warna kuning,bunyi bising dan cahaya yang sangat terang.

Ketika di San Francisco, beliau dan adiknya menjalankan perniagaan barang kecantikan berasaskan herba secara kecil-kecilan dan Rizwan bertugas sebagai penjual produk.Ketika itulah Rizwan bertemu Mandira,seorang pemilik saloon kecantikan yang telah ditinggalkan suaminya bersama seorang anak lelaki.Bermulalah bibit-bibit cinta antara Rizwan dan Mandira,dan akhirnya berakhir dengan perkahwinan walaupun tidak dipersetujui adiknya kerana Mandira merupakan penganut Hindu,dimana terdapat sejarah hitam di India di mana kaum India Muslim dibantai di India oleh kaum Hindu.

Kebahagian Rizwan dan Mandira berubah dengan turut berubahnya persepsi dunia terhadap Islam,dengan menganggap semua Muslim adalah pengganas setelah peristiwa 11 September.Saloon Mandira tidak lagi penuh dengan orang kulit putih,masyarakat memulau mereka tanpa sebab,jiran-jiran juga sudah tidak mahu datang ke rumah mereka,hanya kerana mereka Muslim.Dalam waktu tersebut juga,peniaga-peniaga Muslim di sabotaj,wanita Muslim di tarik tudungnya seperti yang berlaku pada isteri adik Rizwan,dan ada juga yang ditembak mati,hanya kerana mereka Muslim.Sehingga umat Muslim di sana harus menyembunyikan identiti mereka.

Konflik menjadi semakin memuncak,apabila anak Mandira dibunuh oleh pelajar sekolahnya sendiri.Ini membuatkan Mandira sendiri menyesal kerana mengahwini seorang Muslim,sehingga membunuh satu-satunya anak yang disayanginya. Mandira menyuruh Rizwan pergi dari hidupnya,dan hanya kembali setelah mengatakan kepada Presiden Amerika,bahawa dia bukanlah pengganas dan anaknya bukan anak pengganas..

Bermulalah perjalanan Rizwan,ditempuh dengan sabar dan banyak peristiwa yang berlaku sebelum dia dapat berjumpa dengan Presiden Amerika ketika itu,Bush.Ketika dia hampir berjumpa dengan Bush,Rizwan ditangkap dan dikurung tanpa sebab hanya kerana salah faham,yang mengganggap Rizwan adalah pengganas.Kisahnya mendapat perhatian daripada pemberita televisyen yang membuat liputan tentang kesnya,dan terus mendapat perhatian umum,sehingga Mandira menyedari kesalahannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut,eloklah jika menonton sendiri filem yang dimainkan selama kira-kira 3 jam ini.Filem ini tidak rugi untuk ditonton,kerana ia digarap dengan baik,dan mempunyai moral yang sangat baik.Semua cerita yang dibuat oleh Barat mengisahkan bahawa Islam itu adalah agama pengganas,sedangkan filem ini ingin mengubah persepsi orang bukan Islam terhadap Islam,yang sebenarnya adalah merupakan agama yang suci dan mementingkan keamanan.

Daripada 5 bintang,saya memberi 4 1/2 bintang kepada filem ini.

No comments:

Post a Comment