Something to be seen

Thursday, November 25, 2010

Bersenam dengan betul


Seberapa kerapkah anda bersenam setiap minggu?Sebelum mengetahui cara bersenam dengan betul, anda semua harus tahu kekerapan senaman yang optimum. Anda haruslah bersenam sekurang-kurangnya 3 kali setiap minggu, dengan tempoh 20 minit minimum untuk setiap sesi. Pernahkan anda mengetahui cara senaman yang betul?

Senaman untuk orang yang normal mempunyai 4 fasa, iaitu Fasa Pemanasan Badan, Fasa Aerobik, Fasa Pemantapan Otot dan terakhir Fasa Penyejukan Badan. Tetapi tidak untuk pesakit diabetes, dimana Fasa Pemantapan Otot tidak diperlukan. Penerangan untuk setiap fasa adalah seperti berikut :

1. Fasa Pemanasan Badan (10-15 minit)
- Pada fasa ini, senaman regangan haruslah dilakukan untuk membolehkan badan kita beradaptasi dengan aktiviti yang akan dijalankan.

2. Fasa Aerobik (20-40 minit)
- Untuk fasa ini, aktiviti yang paling sering dilakukan adalah berjalan, berjoging dan juga senamrobik. Selain itu, aktiviti lain seperti berbasikal, berkayak, dan bercucuk tanam turut dilakukan.

3. Fasa Pemantapan Otot (10-15 minit)
- Pada fasa ini pula, aktiviti seperti tekan tubi (push up), bangun tubi (sit up) dan juga senaman untuk tulang belakang. Alat-alat untuk aktiviti ini mudah didapati sekarang di taman-taman riadah. Tetapi aktiviti ini mestilah dilakukan berdasarkan kemampuan diri untuk mengelakkan kecederaan.

4. Fasa Penyejukan Badan (10-15 minit)
- Fasa terakhir ini merupakan fasa yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan otot setelah tamat sesi senaman. Senaman ringan dan senaman regangan haruslah dilakukan kembali, bagi mengelakkan otot terkejut.

Aktiviti senaman haruslah dilakukan 2 jam selepas makan. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, diabetes dan penyakit jantung, sila dapatkan nasihat doktor atau pakar sebelum melakukan aktiviti senaman bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Walaubagaimanapun, menurut kajian yang dijalankan, senaman 20 minit dapat menurunkan penyakit asma, diabetes dan jantung.

*Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment