Telur bukan sahaja enak dimakan malah kaya dengan pelbagai khasiat lainnya. Karena itu tidak hairanlah telur bukan sahaja sering digunakan untuk tujuan masakan, malah dalam pengobatan tradisional, penjagaan kesihatan dan juga kecantikan.
Sama ada bahagian putih atau kuningnya, kedua-dua mempunyai khasiat tersendiri. Anda boleh memilih salah satu antara kedua bahagian ini untuk diaplikasikan untuk penjagaan kulit wajah, bergantung masalah yang dihadapi.
Berikut masker mudah daripada telur yang boleh anda lakukan sendiri di rumah :
PUTIH TELUR
- Sediakan sebiji telur, ambil putihnya sahaja.
- Pukul sebentar putih telur tersebut dengan sudu didalam mangkuk.
- Basih wajah terlebih dahulu,kemudian lap sehingga kering.
- Kemudian, sapukan putih telur tadi pada seluruh wajah.
- Biarkan sehingga kering sebelum dibilas bersih. Anda akan dapat merasakan kulit merasa tegang.
- Masker putih telut ini sesuai untuk anda memeliki kulit normal atau mudah berminyak tanpa disusuli masalah kulit lainnya.
KUNING TELUR
- Sediakan sebiji telur, ambil kuningnya sahaja.
- Pukul sebentar kuning telur tadi dengan sudu didalam mangkuk.
- Selepas membasuh wajah dan dilap, sapukan kuning telur pada seluruh wajah.
- Biarkan selama setengah jam sebelum dibilas bersih.
- Masker kuning telur ini sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kulit berminyak yang juga ditumbuhi jerawat dan ruam. Kandungan Vitamin A dalam kuning telur membantu mengurangkan kesan jerawat.
nih info yg menarik heheheh :)
ReplyDelete