Something to be seen

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Kuning dan putih telur untuk muka


Telur bukan sahaja enak dimakan malah kaya dengan pelbagai khasiat lainnya. Karena itu tidak hairanlah telur bukan sahaja sering digunakan untuk tujuan masakan, malah dalam pengobatan tradisional, penjagaan kesihatan dan juga kecantikan.

Sama ada bahagian putih atau kuningnya, kedua-dua mempunyai khasiat tersendiri. Anda boleh memilih salah satu antara kedua bahagian ini untuk diaplikasikan untuk penjagaan kulit wajah, bergantung masalah yang dihadapi.

Berikut masker mudah daripada telur yang boleh anda lakukan sendiri di rumah :

PUTIH TELUR

- Sediakan sebiji telur, ambil putihnya sahaja.
- Pukul sebentar putih telur tersebut dengan sudu didalam mangkuk.
- Basih wajah terlebih dahulu,kemudian lap sehingga kering.
- Kemudian, sapukan putih telur tadi pada seluruh wajah.
- Biarkan sehingga kering sebelum dibilas bersih. Anda akan dapat merasakan kulit merasa tegang.
- Masker putih telut ini sesuai untuk anda memeliki kulit normal atau mudah berminyak tanpa disusuli masalah kulit lainnya.

KUNING TELUR

- Sediakan sebiji telur, ambil kuningnya sahaja.
- Pukul sebentar kuning telur tadi dengan sudu didalam mangkuk.
- Selepas membasuh wajah dan dilap, sapukan kuning telur pada seluruh wajah.
- Biarkan selama setengah jam sebelum dibilas bersih.
- Masker kuning telur ini sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kulit berminyak yang juga ditumbuhi jerawat dan ruam. Kandungan Vitamin A dalam kuning telur membantu mengurangkan kesan jerawat.

Wednesday, April 7, 2010

Gatal,ruam - Hilangkan dengan beras


Nasi yang terhasil dari beras memang sudah menjadi makanan utama rakyat Malaysia. Ternyata, beras bukan sahaja boleh dijadikan nasi dan bermanfaat untuk perut. Tetapi juga bagi kulit kita. Pernah rasa terganggu kerana kulit yang sangat gatal? Baru nak tidur nyenyak, tangan pula kemaruk menggaru kulit yang dihinggapi rasa gatal. Akibatnya?? Kulit tersebut akan timbul ruam dan melecet kerana digaru.

Cara penyelesainnya? Cuba lah menggunakan beras. Ya, kulit yang gatal dan ruam boleh di atasi dengan ramuan beras tanpa melibatkan bahan kimia. Ingin tahu caranya?

CARA MENYEDIAKAN:
1) Sediakan satu genggam beras dengan sebiji kelapa muda yang masih didalam tempurungnya.
2) Rendamkan beras tersebut dalam temperung yang berisi air kelapa muda dan biarkan selama 6-7 jam.
3) Jika sudah terasa masam, angkat dan tuskan beras tadi.
4) Kemudian gilingkan beras yang direndam tadi hingga menjadi halus.
5) Sapukan beras halus itu pada bahagian tubuh yang terasa gatal dan ruam. Lakukan secara teratur setiap hari sehingga ruam dan gatal hilang.

SELAMAT MENCUBA!!

Monday, April 5, 2010

Mawar segarkan mata


Bunga Mawar adalah bunga yang memiliki pelbagai manfaat, sperti antidepresi, antiviral, afrodisiak, pembersih serta astringent. Malah mawar yang harum ini juga berfaedah untuk menyegarkan amta. Bagaimana caranya?
Cuba kaedah di bawah ini :

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- 30 ml air mawar (boleh dibeli dikedai ubat atau herba)
- 240 ml air
- 9 kuntum bunga mawar

CARA MEMBUAT
1. Dalm periuk kecil, masukkan bunga mawar dan air, rebus dengan api perlahan.
2. Biarkan hingga ari mendidih sempurna.
3. Kemudian, pindahkan air rebusan tadi ke dalam sebuah bekas dan sejukkan didalam peti sejuk.
4. Setelah sejuk, tambahkan ari mawar air rebusan tadi.
5. Gunakan air mawar ini untuk membasuh muka anda.
6. Air mawar ini hanya bertahan untuk 3 hari sahaja.

SELAMAT MENCUBA!!!

Thursday, April 1, 2010

Pisang scrub mujarab


Jangan bazirkan hujung minggu anda dengan memerap di salun kerana bila anda terlalu bergantung kepadanya, bayangkan kalau tiba-tiba salun tersebut ditutup.Anda tidak perlu risau. Sebagai persiapan anda boleh sediakan sendiri bahan untuk membelai tubuh di rumah,terutamanya untuk tujuan lulur dan scrub.

Tidak tahu ramuan untuk menyediakan scrub?Mudah saja,mungkin di meja makan anda ada pisang segar dan gabungkan dengan bahan lain untuk dijadikan scrub.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN

- 2 biji pisang
- 3 sudu besar gula pasir
- 1 sudu besar minyak bayi (baby oil)

CARA MEMBUAT

1. Hancurkan 2 biji pisang yang masih segar tersebut sampai halus.
2. Campurkan dengan gula pasir dan baby oil. Gaul rataramuan tersebut.
3. Sapukan ramuan tersebut pada seluruh tubuh, jadikan seperti scrub. Amalkan sekali seminggu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Selamat Mencuba!!!

Kentang VS lecuran (bruises)


Semua orang pasti ingin kulitnya tetap halus setiap masa. Yang sudah memiliknya pun pasti akan benar-benar menjaga kehalusannya dengan perawatan tambahan agar keindahan kulit tetap dimiliki.

Salah satu yang paling ditakuti kerana mebuat kulit kehilangan kecantikan adalah lecuran. Walaupun kerana terlecur sedikit, tapi kadang-kadang meniggalkan kesan yang mencacatkan pandangan.

Anda tidak perlu risau. Dengan bahan-bahan semulakadi tradisional, kesan lecur yang mengurangkan kecatikan kulit boleh diatasi. Cukup hanya menggunakan kentang.

CARA MEMBUATNYA :
1. Sediakan 3 biji kentang dan 1 sudu minyak kelapa
2. Kupas kentang, bersihkan dan parut semuanya.
3. Campurkan kentang yang sudah diparut dengan minyak kelapa. Gaul hingga sebati.
4. Letakkan ramuan itu pada bahagian yang melecur dan kemudian balut dengan kain bersih. Biarkan beberapa lama yang boleh,kemudian bersihkan.

Ulang beberapa kali dalam seminggu..

Selamat Mencuba!!!

Friday, March 19, 2010

4 Tips untuk Sperma Yang Lebih Kuat


Kebanyakan orang malu untuk berjumpa dengan doktor jika terdapat masalah kesihatan seksual, dan sering saling menyalahkan antara pasangan.Sebelum itu terjadi,lebih baik kita mencegah daripada sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku..Jadi,bolehlah kita mulakan dengan memiliki sperma yang baik.Tips ini bukan hanya untuk lelaki yang sudah berkahwin,seperti yang saya bicarakan bahawa cegah dahulu sekarang sebelum semuanya terlambat.Berikut ada beberapa tips untuk mendapatkan sperma yang sihat :

1. Go green!!

Makanan yang kaya dengan asam folik dapat menurunkan peratusan sperma yang mempunyai kromosom yang salah. Sampai sebanyak 4% dari sperma memiliki jumlah yang terlalu banyak atau terlalu sedikit, yang dapat menyebabkan cacat lahir. Penilitian di Amerika Syarikat menemukan lelaki yang memakan lebih kurang 800 mikrogram asid folik perhari (sekitar 100 gram hati lembu atau bayam) memiliki kemungkinan 25% lebih rendah mengalami hal tersebut.

2. Pakai seluar dalam "boxer"

Suhu optimal untuk penghasilan sperma adalah beberapa darjah lebih sejuk daripada suhu purata tubuh iaitu 37 darjah celcius. Itulah mengapa penis anda dalam keadaan tersebut. Tapi memakai seluar dalam atau seluar yang ketat dapat meningkatkan suhu skorotum ketika berjalan atau duduk, menurut penelitian di German.

3. Kurangkan makanan berlemak

Lelaki yang sering memakan daging dan produk yang terbuat daripada susu, dan lebih sedikit memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar lebih cenderung memiliki sperma yang berkualiti lebih rendah dibandingkan lelaki yang memakan lebih banyak serabut, vitamin C dan tomato yang kaya dengan lycopene, menurut penelitian dari University of Murcia di Sepanyol.

4. Miliki BMI yang ideal

Memiliki Bodi Mass Index (berat badan dibahagikan dengan tinggi badan yang dikuasakan dua) yang rendah atau tinggi dalat mempengaruhi kualiti sperma, menurut penelitian di Skandivia terhadap 1500 lelaki. BMI yang kurang dari 20 mengurangi jumlah sperma sebanyak 22%, sementara lelaki yang BMInya kebih dari 25, juga spermanya kurang 22% daripada lelaki yang memilik BMI yang ideal (20-25)

Friday, February 19, 2010

Tips tingkatkan libido (ghairah seksual)


Hubungan suami isteri menjadi faktor yang sangat penting dalam kebahagian dalam rumah tangga, dan tidak boleh dinafikan lagi,walaupun kebahagian bukan hanya bergantung kepada hubungan suami isteri..Antara lain kepercayaan,kesefahaman dan lain-lain lagi.Tapi pasangan suami isteri sering melupakan yang satu ini..Mereka sibuk dengan urusan lain,lupa untuk bermesra sesama..Faktor utamanya adalah terlalu sibuk,dan merasa letih dan lesu setelah pulang kerja atau membuat aktiviti lain,sehingga libido pasangan menjadi rendah..

Ada petua untuk menambahkan libido dengan memakan makanan penambah libido yang dikenali dengan aphrodisiac, dipercayai diambil daripada nama dewi Yunani Aphrodite, yang dikenali sebagai dewi kecantikan dan cinta.Ada beberapa jenis minuman dan makanan yang telah lama dikenal sebagai aphrodisiac,antaranya adalah :

1. Nenas

Nenas mengandungi enzim bromelain,yang dipercayai dapat meningkatkan libido lelaki secara lansung. Selain itu,ia juga termasuk sumber kalium dan beberapa vitamin b seperti riboflavin, yang boleh meningkatkan tenaga tubuh. Selain itu,suap-menyuap nenas sebelum melakukan hubungan suami isteri juga boleh digunakan komunikasi pra-seksual.

2. Avocado

Kandungan asid folik yang tinggi boleh membantu metabolisme protein untuk memberikan tenaga yang lebih pada tubuh. Avocado juga mengandungi vitamin B6, yang boleh meningkatkan penghasilan hormon pada lelaki, dan juga kalium, yang membantu meregulasi tiroid pada wanita yang membantu dalam proses metabolime.Secara automatik,avocado dapat meningkatkan libido lelaki dan perempuan.

3. Tiram mentah

Tiram memiliki zink yang banyak, yang boleh meningkatkan produksi sperma dan hormon testosterone. Tiram juga mengandungi dopamine, yang boleh meningkatkan libido. Untuk menghilangkan rasanya yang aneh,anda boleh meletakkan limau segar diatasnya sebelum memanakannya.

4. Ginseng

Berkhasiat menambah kekebalan tubuh, meningkatkan ghairah seksual, fungsi otak, menambah tenaga,vitalitas dan stamina.Ginseng juga memperlancar sirkulasi darah. Tetapi minum ginseng berlebihan yang tidak ditapis boleh membahayakan buah pinggang.

5. Telur

Kaya dengan vitamin B6 yang boleh membantu menyeimbangkan tingkat produksi hormon dan menurunkan ketegangan yang sangat penting untuk kesihatan libido. Telur juga simbol dari kesuburan dan tunas kehidupan. Sebahagian orang memakan kuning telur untuk meningkatkan libido dan mendapatkan energi tubuh yang maksimal. Semua telur ayam,burung dan ikan mengandungi vitamin B5 dan B6.