Something to be seen

Saturday, April 17, 2010

Kuning dan putih telur untuk muka


Telur bukan sahaja enak dimakan malah kaya dengan pelbagai khasiat lainnya. Karena itu tidak hairanlah telur bukan sahaja sering digunakan untuk tujuan masakan, malah dalam pengobatan tradisional, penjagaan kesihatan dan juga kecantikan.

Sama ada bahagian putih atau kuningnya, kedua-dua mempunyai khasiat tersendiri. Anda boleh memilih salah satu antara kedua bahagian ini untuk diaplikasikan untuk penjagaan kulit wajah, bergantung masalah yang dihadapi.

Berikut masker mudah daripada telur yang boleh anda lakukan sendiri di rumah :

PUTIH TELUR

- Sediakan sebiji telur, ambil putihnya sahaja.
- Pukul sebentar putih telur tersebut dengan sudu didalam mangkuk.
- Basih wajah terlebih dahulu,kemudian lap sehingga kering.
- Kemudian, sapukan putih telur tadi pada seluruh wajah.
- Biarkan sehingga kering sebelum dibilas bersih. Anda akan dapat merasakan kulit merasa tegang.
- Masker putih telut ini sesuai untuk anda memeliki kulit normal atau mudah berminyak tanpa disusuli masalah kulit lainnya.

KUNING TELUR

- Sediakan sebiji telur, ambil kuningnya sahaja.
- Pukul sebentar kuning telur tadi dengan sudu didalam mangkuk.
- Selepas membasuh wajah dan dilap, sapukan kuning telur pada seluruh wajah.
- Biarkan selama setengah jam sebelum dibilas bersih.
- Masker kuning telur ini sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kulit berminyak yang juga ditumbuhi jerawat dan ruam. Kandungan Vitamin A dalam kuning telur membantu mengurangkan kesan jerawat.

Wednesday, April 7, 2010

Gatal,ruam - Hilangkan dengan beras


Nasi yang terhasil dari beras memang sudah menjadi makanan utama rakyat Malaysia. Ternyata, beras bukan sahaja boleh dijadikan nasi dan bermanfaat untuk perut. Tetapi juga bagi kulit kita. Pernah rasa terganggu kerana kulit yang sangat gatal? Baru nak tidur nyenyak, tangan pula kemaruk menggaru kulit yang dihinggapi rasa gatal. Akibatnya?? Kulit tersebut akan timbul ruam dan melecet kerana digaru.

Cara penyelesainnya? Cuba lah menggunakan beras. Ya, kulit yang gatal dan ruam boleh di atasi dengan ramuan beras tanpa melibatkan bahan kimia. Ingin tahu caranya?

CARA MENYEDIAKAN:
1) Sediakan satu genggam beras dengan sebiji kelapa muda yang masih didalam tempurungnya.
2) Rendamkan beras tersebut dalam temperung yang berisi air kelapa muda dan biarkan selama 6-7 jam.
3) Jika sudah terasa masam, angkat dan tuskan beras tadi.
4) Kemudian gilingkan beras yang direndam tadi hingga menjadi halus.
5) Sapukan beras halus itu pada bahagian tubuh yang terasa gatal dan ruam. Lakukan secara teratur setiap hari sehingga ruam dan gatal hilang.

SELAMAT MENCUBA!!

Monday, April 5, 2010

Mawar segarkan mata


Bunga Mawar adalah bunga yang memiliki pelbagai manfaat, sperti antidepresi, antiviral, afrodisiak, pembersih serta astringent. Malah mawar yang harum ini juga berfaedah untuk menyegarkan amta. Bagaimana caranya?
Cuba kaedah di bawah ini :

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
- 30 ml air mawar (boleh dibeli dikedai ubat atau herba)
- 240 ml air
- 9 kuntum bunga mawar

CARA MEMBUAT
1. Dalm periuk kecil, masukkan bunga mawar dan air, rebus dengan api perlahan.
2. Biarkan hingga ari mendidih sempurna.
3. Kemudian, pindahkan air rebusan tadi ke dalam sebuah bekas dan sejukkan didalam peti sejuk.
4. Setelah sejuk, tambahkan ari mawar air rebusan tadi.
5. Gunakan air mawar ini untuk membasuh muka anda.
6. Air mawar ini hanya bertahan untuk 3 hari sahaja.

SELAMAT MENCUBA!!!

Friday, April 2, 2010

Khasiat daun seledri (celery)


Daun seledri yang berbatang panjang ternyata mempunyai khasiat tersendiri dari sudut kecantikan. Antaranya, untuk kesihatan rambut selain membantu anda yang mempunyai masalah tidak selera makan.

Jika anda mengalami masalah tubuh yang terlalu kurus dan kurang selera makan, anda boleh mencuba jus seledri. Caranya mudah, kisar daun seledri dan tapis, kemudian ambil airnya. Campurkan dengan sedikit madu untuk memberik aroma. Amalkan minum jus seledri untuk membantu mengembalikan selera makan selain berkhasiat untuk kesihatan.

Untuk penjagaan rambut pula, anda boleh cuba cara berikut:
- Ambil segenggam daun seledri segar, basuh dan potong kecil.
- Tambahkan sedikit air dan ramas daun seledri hingga hancur dan keluarkan sari patinya.
- Basuh rambut terlebih dahulu. Kemudian sapukan ramasan daun seledri tadi ke seluruh rambut dan lakukan urutan lembut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas.
- Ia bukan sahaja membantu menyuburkan dan menghitamkan rambut, tetapi juga mengatasi masalah kegugura rambut.

Thursday, April 1, 2010

Pisang scrub mujarab


Jangan bazirkan hujung minggu anda dengan memerap di salun kerana bila anda terlalu bergantung kepadanya, bayangkan kalau tiba-tiba salun tersebut ditutup.Anda tidak perlu risau. Sebagai persiapan anda boleh sediakan sendiri bahan untuk membelai tubuh di rumah,terutamanya untuk tujuan lulur dan scrub.

Tidak tahu ramuan untuk menyediakan scrub?Mudah saja,mungkin di meja makan anda ada pisang segar dan gabungkan dengan bahan lain untuk dijadikan scrub.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN

- 2 biji pisang
- 3 sudu besar gula pasir
- 1 sudu besar minyak bayi (baby oil)

CARA MEMBUAT

1. Hancurkan 2 biji pisang yang masih segar tersebut sampai halus.
2. Campurkan dengan gula pasir dan baby oil. Gaul rataramuan tersebut.
3. Sapukan ramuan tersebut pada seluruh tubuh, jadikan seperti scrub. Amalkan sekali seminggu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Selamat Mencuba!!!

Kentang VS lecuran (bruises)


Semua orang pasti ingin kulitnya tetap halus setiap masa. Yang sudah memiliknya pun pasti akan benar-benar menjaga kehalusannya dengan perawatan tambahan agar keindahan kulit tetap dimiliki.

Salah satu yang paling ditakuti kerana mebuat kulit kehilangan kecantikan adalah lecuran. Walaupun kerana terlecur sedikit, tapi kadang-kadang meniggalkan kesan yang mencacatkan pandangan.

Anda tidak perlu risau. Dengan bahan-bahan semulakadi tradisional, kesan lecur yang mengurangkan kecatikan kulit boleh diatasi. Cukup hanya menggunakan kentang.

CARA MEMBUATNYA :
1. Sediakan 3 biji kentang dan 1 sudu minyak kelapa
2. Kupas kentang, bersihkan dan parut semuanya.
3. Campurkan kentang yang sudah diparut dengan minyak kelapa. Gaul hingga sebati.
4. Letakkan ramuan itu pada bahagian yang melecur dan kemudian balut dengan kain bersih. Biarkan beberapa lama yang boleh,kemudian bersihkan.

Ulang beberapa kali dalam seminggu..

Selamat Mencuba!!!