Something to be seen

Wednesday, April 7, 2010

Gatal,ruam - Hilangkan dengan beras


Nasi yang terhasil dari beras memang sudah menjadi makanan utama rakyat Malaysia. Ternyata, beras bukan sahaja boleh dijadikan nasi dan bermanfaat untuk perut. Tetapi juga bagi kulit kita. Pernah rasa terganggu kerana kulit yang sangat gatal? Baru nak tidur nyenyak, tangan pula kemaruk menggaru kulit yang dihinggapi rasa gatal. Akibatnya?? Kulit tersebut akan timbul ruam dan melecet kerana digaru.

Cara penyelesainnya? Cuba lah menggunakan beras. Ya, kulit yang gatal dan ruam boleh di atasi dengan ramuan beras tanpa melibatkan bahan kimia. Ingin tahu caranya?

CARA MENYEDIAKAN:
1) Sediakan satu genggam beras dengan sebiji kelapa muda yang masih didalam tempurungnya.
2) Rendamkan beras tersebut dalam temperung yang berisi air kelapa muda dan biarkan selama 6-7 jam.
3) Jika sudah terasa masam, angkat dan tuskan beras tadi.
4) Kemudian gilingkan beras yang direndam tadi hingga menjadi halus.
5) Sapukan beras halus itu pada bahagian tubuh yang terasa gatal dan ruam. Lakukan secara teratur setiap hari sehingga ruam dan gatal hilang.

SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment