Something to be seen

Friday, April 2, 2010

Khasiat daun seledri (celery)


Daun seledri yang berbatang panjang ternyata mempunyai khasiat tersendiri dari sudut kecantikan. Antaranya, untuk kesihatan rambut selain membantu anda yang mempunyai masalah tidak selera makan.

Jika anda mengalami masalah tubuh yang terlalu kurus dan kurang selera makan, anda boleh mencuba jus seledri. Caranya mudah, kisar daun seledri dan tapis, kemudian ambil airnya. Campurkan dengan sedikit madu untuk memberik aroma. Amalkan minum jus seledri untuk membantu mengembalikan selera makan selain berkhasiat untuk kesihatan.

Untuk penjagaan rambut pula, anda boleh cuba cara berikut:
- Ambil segenggam daun seledri segar, basuh dan potong kecil.
- Tambahkan sedikit air dan ramas daun seledri hingga hancur dan keluarkan sari patinya.
- Basuh rambut terlebih dahulu. Kemudian sapukan ramasan daun seledri tadi ke seluruh rambut dan lakukan urutan lembut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas.
- Ia bukan sahaja membantu menyuburkan dan menghitamkan rambut, tetapi juga mengatasi masalah kegugura rambut.

1 comment: