Something to be seen

Thursday, April 1, 2010

Pisang scrub mujarab


Jangan bazirkan hujung minggu anda dengan memerap di salun kerana bila anda terlalu bergantung kepadanya, bayangkan kalau tiba-tiba salun tersebut ditutup.Anda tidak perlu risau. Sebagai persiapan anda boleh sediakan sendiri bahan untuk membelai tubuh di rumah,terutamanya untuk tujuan lulur dan scrub.

Tidak tahu ramuan untuk menyediakan scrub?Mudah saja,mungkin di meja makan anda ada pisang segar dan gabungkan dengan bahan lain untuk dijadikan scrub.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN

- 2 biji pisang
- 3 sudu besar gula pasir
- 1 sudu besar minyak bayi (baby oil)

CARA MEMBUAT

1. Hancurkan 2 biji pisang yang masih segar tersebut sampai halus.
2. Campurkan dengan gula pasir dan baby oil. Gaul rataramuan tersebut.
3. Sapukan ramuan tersebut pada seluruh tubuh, jadikan seperti scrub. Amalkan sekali seminggu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment